PROFIL SEKOLAH

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Binuang atau ringkasnya SK Binuang, telah ditubuhkan pada 13 Januari 1964 dan dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS) Kg. Binuang, Lahad Datu. Bangunan awalnya menumpang di SRJK (C) Sin Wah selama 6 bulan. Selepas itu telah dipindahkan ke bangunan sendiri hasil usahasama penduduk kampung dan masyarakat setempat. Awalnya seramai 25 orang murid (13 lelaki dan 12 perempuan) yang telah belajar di sekolah ini. 


Pengasas sekolah ini ialah Miss Lewin (Mrs Rimmer) iaitu seorang berbangsa Inggeris dan diawasi oleh seorang Penyelia khas iaitu En. Asah bin Mohd. Hassan. Beberapa tahun kemudiannya, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK). Akhirnya pada tahun 1985, sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK) Binuang, Lahad Datu, Sabah.


LENCANA SEKOLAH





MOTO SEKOLAH

"PENDIDIKAN PEMBENTUK MORAL"



VISI SEKOLAH

Melahirkan insan yang berilmu dan berperibadi mulia ke arah kecemerlangan hidup untuk menempuh era globalisasi

MISI SEKOLAH

Berusaha dengan semangat waja untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum. Membina sekolah yang kondusif dan berwatak, meletakkan sekolah ke-5 yang terbaik dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum peringkat negeri sebelum berakhir tahun 2013.


OBJEKTIF SEKOLAH
  • Melahirkan insan yang berketerampilan jati diri.
  • Berpendirian teguh dan sempurna dari segi agama, akademik dan sahsiah.
  • Memupuk semangat yang jitu dan nilai nasionalisme yang tinggi
  • memastikan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.




Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT BERCUTI!!!

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA